fbpx

Syed Saddiq padam gambar naik podium triathlon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq padam gambar ketika sertai Triathlon Desaru 2024 di media sosialnya.

PETALING JAYA – Sejam selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tersilap dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru 2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, beberapa gambar ketika pertandingan telah diturunkan dari platform media sosialnya.

Semakan Kosmo! mendapati, Syed Saddiq turut menurunkan gambar beliau menaiki podium ketika dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori terbabit.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial meninggalkan komen di hantaran yang dimuat naik bekas Presiden MUDA itu mendakwa Syed Saddiq tidak menghabiskan disiplin berbasikal dengan lengkap sebelum mula meneruskan bahagian larian.

Dakwa pengguna tersebut, semasa disiplin berenang, Syed Saddiq berada di belakangnya dan tidak pernah mendahului dirinya dalam acara berbasikal, jadi bagaimana dia boleh berada di depan semasa larian.

Kemudian, Syed Saddiq di laman X tampil mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Katanya, semasa disiplin berbasikal, dia menghabiskan tiga pusingan iaitu sebanyak 90 km dan ia dapat dibuktikan melalui gelang kiraan dikakinya yang dipakai semasa perlumbaan.

Bagaimanapun, terbaharu beliau mengakui terdapat sedikit kesilapan pada catatan jarak perlumbaan dalam disiplin berbasikal sehingga menyebabkan dirinya diisytihar sebagai DNF atau (did not finish).

“Namun menerusi data terkini yang dikeluarkan, terdapat kesilapan pada pusingan pertama di mana jumlah akhir keseluruhan jarak berbasikal adalah 72 kilometer yang sepatutnya 90 kilometerbagi tiga pusingan,” jelasnya.

Menerusi semakan Kosmo! di laman sesawang Checkpointspot.asia, mendapati keputusan Syed Syaddiq bagi kategori M30-39 diisytihar sebagai ‘DNF’ (did not finish) yang bermakna beliau tidak berjaya menghabiskan perlumbaan.

Tempat pertama bagi kategori itu disandang oleh Dieter Velter, manakala tempat kedua, Victor Er diikuti Adam Syahmi Md Jasni di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI