fbpx

Syed Saddiq minta maaf, tak habiskan 18 km berbasikal punca ‘DNF’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dimuat naik Syed Saddiq sebelum ini menyatakan beliau memenangi tempat ketiga dalam Triathlon Desaru 2024.

PETALING JAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui status ‘DNF’ adalah yang terbaik selepas terdapat beberapa masalah teknikal pada jam digital yang digunakan sehingga menyebabkan kesalahan rekod catatan perlumbaan sempena Triathlon Desaru 2024.

Menerusi perkongsian di laman X, Syed Saddiq memberitahu bahawa terdapat sedikit kesilapan pada catatan jarak perlumbaan dalam disiplin berbasikal sehingga menyebabkan dirinya diisytihar sebagai DNF atau (did not finish).

Jelasnya semasa acara berbasikal, dia menghabiskan perlumbaan lebih awal berbanding jangkaan, kemudian terus merujuk kepada pasukan teknikal untuk pengesahan.

“Ketika itu, dua orang pegawai ditugaskan untuk mengesahkan tiada kesilapan dan saya dibenarkan untuk meneruskan acara seterusnya.

“Namun menerusi data terkini yang dikeluarkan, terdapat kesilapan pada pusingan pertama di mana jumlah akhir keseluruhan jarak berbasikal adalah 72 kilometer yang sepatutnya 90 kilometer bagi tiga pusingan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kemenangan di tempat ketiga yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam ‘Triathlon Desaru 2024’ membabitkan tiga disiplin perlumbaan iaitu renang, larian dan berbasikal, diragui orang ramai setelah rekod yang dicatatkan seakan-akan tidak benar.

Susulan itu, kemenangan di tempat ketiga Syed Saddiq Abdul Rahman dalam perlumbaan ‘Thrithlon Desaru 2024’ menjadi tanda tanya apabila terdapat dakwaan beliau sebenarnya tidak menghabiskan perlumbaan tersebut.

Menerusi semakan di laman sesawang Checkpointspot.asia, mendapati keputusan Syed Syaddiq bagi kategori M30-39 diisytihar sebagai ‘DNF’ (did not finish) yang bermakna beliau tidak berjaya menghabiskan perlumbaan.

Menerusi tinjauan Kosmo!, tempat pertama bagi kategori itu disandang oleh Dieter Velter, manakala tempat kedua, Victor Er diikuti Adam Syahmi Md Jasni di tempat ketiga.

Untuk rekod, seseorang peserta boleh diisytiharkan DNF sekiranya mengalami kecederaan atau tidak berjaya menghabiskan perlumbaan mengikut jarak dan masa yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI