fbpx

Sultan Ibrahim terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim ketika menerima mengadap delegasi dari Brunei hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.

Melalui satu hantaran di akaun Facebook baginda hari ini, perutusan rasmi itu dipersembahkan oleh delegasi Brunei yang diketuai Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei, Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Awang Alik Jeman.

Turut sama ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim.

Pada hantaran lain di akaun sama, Sultan Ibrahim juga berkenan mendengar persembahan taklimat mengenai acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Taklimat terbabit dipersembahkan oleh Fahmi yang juga merupakan Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI