fbpx

Skim Gerak Insan Gemilang HRD Corp telus, bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi membantu rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran tertentu disifatkan sebagai telus dan bebas unsur salah guna kuasa.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, keadaan itu berikutan pihaknya dimaklumkan bahawa perkara itu telah diangkat kepada pihak Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) dan Kementerian Kewangan (MoF).

Katanya, ia dibuat melalui mesyuarat Laporan Kemajuan HRD Corp bertarikh 20 Mei 2022.

“Kesemua data peserta telah dihantar kepada Laksana dan MOF, saya yakin ia telah melalui proses semakan dan tapisan yang teliti oleh pihak berkaitan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersetuju dan mengambil maklum berkenaan peserta mengikuti lebih daripada sekali latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA),” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 menegur HRD Corp mengenai skim berkenaan yang meragukan kerana mempunyai nama dan nombor kad pengenalan yang sama melibatkan sebahagian kecil daripada 234 permohonan peserta.

Sementara itu, melalui nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat media, HRD Corp telah menambahbaik sistem berkaitan di mana setiap pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja berdasarkan rekod nombor kad pengenalan yang didaftarkan.

Menurut nota berkenaan, sistem terbaru itu akan menolak permohonan tersebut secara automatik sekiranya terdapat pertindihan nombor kad pengenalan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI