fbpx

Shuib tak cemburu Watie sekarang lebih popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib bersyukur kerana isteri tersayang, Watie juga mempunyai tempat dalam industri seni tanah air - SYAKIR RADEN

PETALING JAYA – Tidak cemburu malah tumpang gembira, itu yang dirasakan pelawak dan usahawan Shuib mengenai populariti yang diraih isterinya, Watie Hanifiah ketika ini.

Menurut Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 39, dia menghormati minat isterinya dan menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki untuk keluarga mereka.

“Betul juga, populariti dia (Watie) melebihi saya sekarang. Tapi, baguslah untuk pendapatan keluarga kami dan memang benarkan dia bekerja.

“Malah, saya rasa dia sendiri juga mengakui yang lepas berkahwin rezeki dia lagi banyak, termasuk dapat bantu banyak untuk keluarganya sendiri, saya nampak semua itu.

“Saya juga tak menghalang untuk dia cari pendapatan sendiri. Dia pun memang suka bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media majlis pelancaran Dol’s Podcast di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shuib yang sentiasa memberikan sokongan positif tetap meletakkan syarat terhadap isterinya agar tidak mengenepikan hal keluarga khususnya anak-anak.

Shuib juga berkata, komitmen Watie ketika ini bukan hanya terhadap anak-anak tetapi juga untuk produk yang memerlukan reviu dengan melakukan banyak bahan promosi media sosial.

“Saya memang sokong tetapi ada tetapkan beberapa perkara yang dia boleh atau tidak.

“Watie perlu tahu had bekerja serta apa fokus sebenar tetapi, sekarang ini saya lihat dia masih boleh seimbangkannya dan tetap fokus utamanya tetap kepada anak-anak.

“Apabila reviu produk semua ini, ada masanya dia perlu hasilkan konten untuk media sosial dan itu komitmen dia setiap bulan. Cuma setakat ini, semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib dan Watie bernikah pada 23 Jun tahun lalu.

Sebelum menikahi Watie, Shuib yang mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meningga dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI