fbpx

Sebulan nikah, barang kemas puluhan ribu lesap dilarikan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARBIE Kumalasari ketika bersanding dengan suami keduanya, Bagus Saputra Mei lalu.

BELUM sempat berbulan madu, pelakon dan penyanyi Barbie Kumalasari yang mendirikan rumah tangga buat kali keempat pada 31 Mei lalu mendakwa ditipu suaminya, Bagus Saputra.

Wanita berusia 42 tahun itu mendedahkan, keputusan bernikah semula dengan bekas suami nombor dua adalah satu kesilapan besar.

Hal ini kerana, lelaki terbabit didakwa melarikan barang kemasnya yang dianggarkan berjumlah puluhan ribu ringgit dan menghilangkan diri.

Menurut Barbie, dia enggan memaafkan serta mahu membuat laporan polis selain mengajukan permohonan cerai sekiranya barang berharganya tidak dikembalikan.

“Kalau dapat bertemu dengan lelaki itu, saya pasti akan meminta cerai. Tidak mahu lagi ditipu. Saya berasa terhina,” katanya.

Barbie turut menegaskan pendedahan dilakukan bukan gimik, sebaliknya kisah benar yang tidak pernah dijangka menimpanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI