fbpx

RM303.9 juta ketirisan cukai berjaya diselamatkan dari Januari hingga Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anis Rizana berucap pada Majlis Pelancaran AVP di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya membanteras 3,012 kes penyeludupan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu melibatkan cukai yang berjaya diselamatkan sebanyak RM303.9 juta.

Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, kes berkenaan membabitkan aktiviti penyeludupan dadah, rokok, minuman keras, mercun dan sebagainya.

Beliau berkata, biarpun jabatan ini terpalit pelbagai isu akhir-akhir ini, namun ia tidak mematahkan semangat dan jati diri pegawai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Walapun diasak bertubi-tubi, kita tetap utuh dan teguh dan lagi banyak asakan lagi kita bertambah kuat.

“Setakat ini, banyak insiaitif diperkenalkan bagi memastikan hasil negara tidak tiris dan keselamatan di pintu keluar masuk sempadan negara kekal selamat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Audit Verifikasi Pematuhan (AVP) di sini, tadi.

Katanya, antara inisiatif dilaksanakan termasuk transaksi dalam talian dan pengemaskinian maklumat berkaitan dasar percukaian bagi mudahkan entiti perniagaan dan orang awam.

Anis berkata, jabatan juga mengambil langkah memodenkan prosedur pelepasan kastam dengan menggunakan mesin pengimbas dilengkapi teknologi kecerdasan pintar (AI) bagi mempercepatkan pelepasan kargo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI