fbpx

Promosi judi: Lima pempengaruh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai lima pempengaruh didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan judi atas talian di platform laman sosial mereka pada Jun lalu.

Mereka ialah Aileen Koh Ooi Leng, 29; Hayatunnuffus Zakariya, 32, Nurul Syifa Aliya Adanan, 21, Nurazalina Mustafa, 28, dan Noor Shahnez Marzuani, 22.

Bagaimanapun kesemuanya mengaku tidak bersalah atas selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Aina Azahra Tun Arifin dan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tertuduh Aileen Koh didakwa mempromosikan judi di tempat awam secara atas talian di sebuah restoran di Sentul, Kuala Lumpur sekitar pukul 8.23 pagi pada 13 Jun lalu.

Pertuduhan ke atas wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 8(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun.

Bagi tertuduh Hayatunnuffus dan Noor Shahnez, mereka didakwa telah mengumum atau menerbitkan dengan cara mempromosikan platform perjudian di atas talian di akaun Intagram milik mereka untuk mengajak atau memperdaya mana-mana orang untuk berjudi di rumah judi terbuka.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di dua buah restoran di Bandar Tun Razak dan Taman Maluri di Cheras, pukul 9 dan 9.30 pagi pada tarikh yang sama.

Sementara Nurul Syifa dan Nurazalina didakwa membantu menjalankan promosi perjudian dalam talian menerusi akaun Instagram kendalian mereka, masing-masing menggunakan telefon pintar jenis iPhone 11 Pro Max dan iPhone 13 Pro.

Kedua-dua wanita terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Unit Pencegahan Perjudian D7, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Wangsa Maju, masing-masing pada pukul 7 dan 7.30 pagi pada tarikh yang serupa.

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nom Phot Prack dan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan.

Mahkamah kemudian membenarkan kemudian membenarkan Hayatunnuffus dan Aileen Koh dengan jaminan RM4,000 manakala Nurul Syifa, Nurazalina dan Noor Shahnez diikat jamin RM5,000.

Semasa prosiding peguam-peguam peguam Azlan Abdul Razak dan V. Varunnath, Peguam Mohd Rhastdan Abdul Wahab, Meor Khusyairi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan A. Krishnaveni mewakili tertuduh-tertuduh.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI