fbpx

Pinjam duit adik-beradik ulang-alik ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Razan menghidap leukemia sejak tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Seorang ibu berde­pan kesempitan untuk menampung kos perjalanan bagi membawa anaknya yang menghidap penyakit leukemia mendapatkan rawatan di hospital.

Muhammad Razan Afzal Abdul Razak, 9, perlu berulang-alik dari rumahnya di Felda Panching Selatan di sini ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut Rozemi Ngah, 51, dia diberi pilihan oleh doktor sama ada membawa anak bongsu daripada lima beradik itu menjalani rawatan kemoterapi di HSNZ atau Hospital Kuala Lumpur.

“Selepas berbincang, kami memilih untuk mendapatkan rawatan di HSNZ kerana lebih dekat. Anak saya mempunyai semangat yang kuat melawan penyakit leukemia walaupun masih muda.

“Sebagai ibu, saya akan ber­usaha bagi memastikan Muhammad Razan menerima rawatan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Muhammad Razan merupakan anak yang cergas sebelum disahkan menghidap leukemia pada Oktober tahun lalu selepas demam selama hampir dua ming­gu sehingga tidak berdaya mengangkat beg sekolah.

“Rawatan kemoterapi anak saya percuma, cuma yang diperlukan sekarang adalah wang belanja pergi dan balik ke HSNZ. Adakalanya saya terpaksa me­minjam wang daripada adik-beradik dan saudara-mara. Suami saya pula bekerja sebagai mekanik dan pendapatannya tidak menentu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rozemi di talian 010-256 1198 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 1562 2615 5153.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI