fbpx

Perkeso keluar 791 kompaun, gempur majikan gagal daftar pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamamed Azman menjalankan pemeriksaan majikan di sekitar Seksyen 9, Bandar baru bangi sempena Ops Kesan ke-15.

BANGI – Sebanyak 791 kompaun dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas majikan yang gagal mencarum pekerka menerusi Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara bermula hari ini.

Setakat pukul 6 petang, sebanyak 4,408 majikan diperiksa dan Perkeso mengeluarkan kompaun berjumlah RM654,500 menerusi pemantauan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ops Kesan Ke-15 itu dilaksanakan selepas Bulan Pemutihan yang memberi peluang kepada majikan untuk mendaftar dan mencarum pekerja tanpa dikenakan sebarang penalti.

“Perkeso telah melaksanakan program pemutihan selama dua bulan bermula Mei dan tamat pada 30 Jun lalu.

“Sepanjang tempoh pemutihan itu, sebanyak 15,540 majikan baru telah didaftar dengan jumlah pekerja seramai 262,011 orang.

“Daripada jumlah tersebut, 90,068 adalah pekerja tempatan dan 171,943 adalah pekerja asing yang didaftar di dalam tempoh pemutihan ini,” katanya pada sidang akhbar Ops Kesan Peringkat Kebangsaan 2024 di Hote Tenera, Bangi, Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, Ops Kesan pada hari ini mengumpulkan 1,000 anggota Perkeso di seluruh negara yang mana akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.\

Jelasnya, Ops kesan ini bukan mahu membebankan majikan tetapi sebaliknya bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada majikan bahawa mereka perlu mendaftar dan mencarum pekerja.

“Majikan yang telah dikompaun perlu hadir segera ke pejabat Perkeso untuk mendaftar pekerja mereka bagi mengelakkan tindakan susulan diambil.

“Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dibawa ke muka pengadilan dan jika disabit kesalahan, majikan tersebut boleh didenda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Katanya, semua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja, tanpa mengira jumlah gaji, perlu mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka, sebagaimana peruntukan Seksyen 4 dan 5 (Akta 4) serta Seksyen 14 dan 16 (Akta 800). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI