fbpx

Penumpang saman syarikat penerbangan kerana tumpahkan teh panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat JetBlue di AS. - Foto AFP

WASHINGTON – Seorang penumpang menyaman syarikat penerbangan JetBlue sebanyak AS$1.5 juta (RM7.05 juta) atas dakwaan menyebabkan dia melecur akibat teh panas tertumpah ke atasnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian itu berlaku semasa pesawat berkenaan mengalami pergolakan udara.

Tahjana Lewis berkata, bahawa pesawat tersebut terbang dari Orlando ke Hartford, Amerika Syarikat (AS) pada 15 Mei lalu apabila ia mengalami pergolakan udara.

Situasi itu menyebabkan isyarat pemakaian tali pinggang keledar dikeluarkan, namun kru-kru kabin terus menghidangkan minuman, lapor laman berita Business Insider.

Teh panas yang dihidangkan kepada penumpang di sebelah Lewis tertumpah ke seluruh badannya, menyebabkan dia melecur teruk di dada, kaki dan lengannya. Ia turut meninggalkan kesan parut, demikian menurut saman itu.

Plaintif menuduh syarikat penerbangan tersebut menghidangkan minuman pada suhu yang tidak munasabah dan panas yang berbahaya.

Saman itu difailkan pada Jumaat lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI