fbpx

Penting pilih makanan yang betul untuk anak sihat, ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (empat dari kiri) bergambar ketika Majlis Pelancaran Ekspo Enfagrow A+ MindPro: Future Ready A+ Kids, di Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOF

PETALING JAYA – Ibu bapa mahupun penjaga diingatkan untuk menitikberatkan soal pemilihan makanan yang terbaik untuk anak-anak kerana ia mempunyai impak berpanjangan terhadap kesihatan, kebahagiaan dan kebolehan mereka untuk belajar serta berjaya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aspek pemakanan adalah antara asas penting dalam melahirkan kanak-kanak yang sihat dan ceria.

“Seribu hari pertama dalam kehidupan adalah sangat penting. Dalam tempoh terbabit, penyediaan pemakanan yang betul, rangsangan dan penjagaan adalah penting,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekspo Enfagrow A+ MindPro: Future Ready A+ Kids, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) sentiasa komited terhadap aspek pembangunan awal kanak-kanak dan perlindungan golongan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI