fbpx

Pelancong mati dipijak kawanan gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sekawan gajah di sebuah taman negara di Afrika Selatan. - Foto AFP

JOHANNESBURG – Seorang pelancong mati dipijak ​​kawanan gajah di Taman Negara Pilanesberg, Afrika Selatan selepas mahu merakam gambar haiwan itu secara dekat, lapor akhbar The Sun semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai berasal dari Sepanyol dan sedang bercuti bersama pasangannya sebelum dibunuh secara tragis pada Ahad lalu.

Ketika mengunjungi taman itu, tunang dan dua rakannya turut berada di dalam kenderaan yang sama apabila mereka ternampak kawanan gajah dengan tiga anak haiwan tersebut di tepi sebuah tasik.

Mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk merakam gambar mamalia tersebut.

Walaupun rakannya mengarahkan mangsa untuk masuk semula ke dalam kenderaan, dia berkeras untuk melihat gajah-gajah itu dari jarak dekat.

Namun, beberapa gajah betina mula turun minyak, menyebabkan mangsa berlari ke arah belukar sambil menjerit.

Kawanan haiwan itu mengejar mangsa, menjatuhkannya dan memijaknya hingga mati. 

Haiwan-haiwan itu kemudian meninggalkan lokasi tersebut tanpa menyerang kenderaan lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI