fbpx

Peket racun tikus dijumpai dekat longgokan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peket kecil dipercayai racun tikus yang dijumpai dekat longgokan sampah sebuah rumah di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim.

KULIM – Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memeriksa sekitar kebun dan rumah yang disyaki menjadi tempat makanan ringan dicampur racun tikus digantung di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, di sini.

Difahamkan, pasukan itu turut mengambil peket kecil tulisan Cina dipercayai pembungkus racun tikus jenis serbuk berdekatan kawasan longgokan sampah.

Tinjauan mendapati sepasukan polis turut mengunjungi rumah itu. Bagaimanapun pemiliknya tidak berada di kediaman tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd. Khairi mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya setakat ini.

Terdahulu, polis mengambil keterangan dua individu berusia 53 dan 34 tahun yang disyaki meletakkan bungkusan makanan ringan mengandungi racun itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, ditemukan dalam keadaan mulut berbuih dan muntah atas katil rumah mereka di Kampung Padang Ubi selepas termakan jajan bercampur racun tikus.

Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 8.30 pagi tadi, sementara adiknya masih belum sedarkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI