fbpx

Malaysia perlu bersedia beralih kepada tenaga diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) merasmikan Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Merchang, Marang hari ini.

MARANG – Rakyat negara ini termasuk pemain industri diingatkan agar bersedia untuk beralih kepada tenaga diperbaharui yang disasar penggunaannya mencapai 70 peratus menjelang tahun 2050.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peralihan terhadap tenaga diperbaharui seperti solar berkenaan telah diberi penekanan oleh kerajaan demi kualiti persekitaran yang lebih baik buat negara dan masyarakat.

“Mengambil semangat penghijrahan Nabi (Muhammad), kita harus bersedia menerima tuntutan semasa baharu yang memberi kebaikan.

“Peralihan tenaga ini sudah menjadi kemestian,” katanya sewaktu merasmikan majlis peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Merchang di sini hari ini.

Anwar menjelaskan peralihan terhadap tenaga diperbaharui seperti solar merupakan satu keperluan demi menyelamatkan manusia daripada kebergantungan terhadap tenaga
konvensional yang tidak menjamin persekitaran sihat.

Beliau berkata, negara masih lagi ketinggalan dalam bidang penyelidikan berbanding beberapa negara seperti Brazil, China, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu yang lebih jauh ke hadapan.

“Usahakan segera penerokaan bidang baharu. Anak-anak muda perlu dilatih dengan perubahan (teknologi),” katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyeru sektor swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) berganding bahu melakukan dan mengkomersialkan penyelidikan berkaitan teknologi tenaga diperbaharui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI