fbpx

Lelaki maut tersepit antara tayar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 31.2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, hari ini.

AMPANG – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas tersepit diantara tayar lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 31.2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima sekitar pukul 9.55 pagi tadi.

Jelasnya, sepasukan anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan antaranya motosikal Yamaha LC135, Kereta Toyota Yaris dan sebuah lori treler 40 tan jenis Hino.

“Penunggang motosikal telah melanggar kereta dan tercampak ke bawah tayar lori, mangsa berusia sekitar 30-an tersepit antara tayar lori telah berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba menggunakan sistem beg udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) selepas dibawa keluar.

“Mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan seterusnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI