fbpx

Kejayaan Syed Saddiq naik podium tempat ketiga 113 Triathlon Desaru 2024 dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dimuat naik Syed Saddiq sebelum ini menyatakan beliau memenangi tempat ketiga dalam Triathlon Desaru 2024.

 

JOHOR BAHRU – Kejayaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menduduki podium ditempat ketiga dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 pada Ahad lalu dibatalkan selepas semakan pihak penganjur mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, keputusan semakan itu sekaligus menyebabkan penyertaan Ahli Parlimen Muar itu diisytihar sebagai DNF (Did Not Finish).

“Saya tidak mempunyai masalah berkenaan penyertaan mana-mana pihak untuk menyertai acara sukan khususnya yang dianjurkan di Johor, namun saya ingin tegaskan, isu integriti dan penipuan adalah satu perkara yang serius dan tidak akan diberikan kompromi.

“Saya minta mana-mana pihak penganjur menyenarai hitam peserta-peserta yang terbukti melakukan penipuan dalam pertandingan,” katanya ketika diminta mengulas isu tular mengenai dakwaan beberapa pihak yang mempersoalkan bagaimana Syed Saddiq berjaya menduduki podium dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI