fbpx

Kecoh UFO hijau berlegar-legar di ruang udara Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH UFO yang memancarkan lampu hijau di Iran. - Foto jakestaxxx/TikTok

TEHRAN – Sebuah rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) yang memancarkan lampu hijau menjadi perhatian pengguna media sosial di Iran, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

UFO itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas rakaman video mengenainya dikongsikan di platform TikTok.

Kelajuan dan ketinggian objek itu kelihatan berubah apabila ia bergerak di ruang udara Tehran.

Klip video itu disiarkan di laman sosial pada 30 Mei lalu oleh pengguna TikTok, @jakestaxxx. 

Ia setakat ini menerima lebih setengah juta tontonan, dengan penonton saling berdebat mengenai imej tersebut.

Beberapa netizen menganggap bahawa ia adalah imej janaan komputer.

“Makhluk asing tidak muncul seperti itu, ada peraturan galaksi. Jika ini (imej) adalah benar, ia akan mengganggu ketenteraman awam. Saya tidak nampak sebarang kekacauan awam berlaku,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI