fbpx

‘Kacak itu bonus tapi jadilah lelaki yang hormat wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella berharap agar anaknya, Ayden membesar sebagai seorang lelaki yang sentiasa menghormati kaum wanita.

PETALING JAYA – Pelakon Bella Astillah menasihatkan anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean agar sentiasa menghormati wanita dan selalu mendahulukan keluarga berbanding perkara lain.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, turut memanjatkan doa agar putera tersayangnya itu membesar menjadi seseorang yang berguna bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ketujuh baru-baru ini.

“Ini sedikit ucapan dari mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

“Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga maruah,” katanya.

Tambah Bella, dia sentiasa mendoakan agar Ayden menjadi anak yang baik dan disayangi oleh individu di sekelilingnya.

“Menjadi orang yang pintar dan orang yang kaya, orang yang kacak itu adalah bonus, tapi apa yang jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.

“Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi orang yang baik, ikhlas dan insya-Allah, pasti ramai yang akan menyayangimu,” katanya.

Ucapan Bella lantas membuatkan netizen terharu serta memberikan sokongan kepada Bella untuk meneruskan kehidupan.

“Kenapa aku pula jadi sebak dengar suara Bella yang menangis. Aku pun jadi nak menangis sama.

“Semoga Bella tabah mengharungi dugaan. Buat Ayden jadilah anak yang baik dan memelihara maruah keluarga. Bukan sahaja pintar, tetapi akhlak yang disenangi orang sekeliling,” kata netizen di ruangan komen.

Selain Ayden, 7, Bella turut memilik anak perempuan Ara Adreanna, 4, hasil perkahwinan dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah, namun berpisah buat kali kedua pada 13 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI