fbpx

Jenazah adik Muhammad Akil dibawa pulang ke Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
.Jenazah Muhammad Akil dibawa pulang ke kampung halaman datuknya di Kulim, Kedah, petang tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, yang maut ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini selepas termakan jajan bercampur racun tikus dibawa pulang ke Kulim, Kedah.

Jenazah kanak-kanak itu dibawa dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) pada pukul 4.05 petang tadi dengan diiringi ibunya, Nurain Hasnorizal, 25.

Muhammad Akil disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP sejak Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas menikmati jajan dicampur racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Muhammad Luth pula dilaporkan stabil namun masih belum sedarkan diri di PICU hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI