fbpx

‘Ingatkan lemas, rupanya elok duduk situ’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan yang dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam laut diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Baru, Perlis hari ini. 

ALOR SETAR – Seorang nelayan tempatan yang dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam laut rupa-rupanya pulang bersembunyi di rumahnya di Sungai Baru, Perlis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditemui di rumahnya ketika pemeriksaan penguat kuasa pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Isteri suspek pada awalnya memaklumkan suaminya tiada di rumah, namun setelah pemeriksaan dibuat didapati suspek sedang bersembunyi di dalam rumah tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak terjun ke laut dalam kejadian malam semalam bagi mengelakkan daripada diberkas penguat kuasa Maritim Malaysia kerana suspek terlibat dengan penagihan dadah,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI