fbpx

Hujan lebat sekali dalam 200 tahun ragut 4 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan orang ramai di Yongchong-dong, daerah Seo, Daejeon hari ini. - NEWS1/KOREA JOONGANG DAILY

SEOUL – Beberapa kawasan di Korea Selatan dilanda hujan lebat yang turun sekali dalam tempoh 200 tahun, kata agensi meteorologi tempatan kepada AFP, manakala kementerian dalam negeri melaporkan hari ini bahawa empat mangsa terkorban.

“Tiga rantau menyaksikan paling banyak hujan turun. Kebarangkalian ini berlaku adalah sekali dalam tempoh 200 tahun,” kata seorang pegawai agensi meteorologi Korea Selatan.

Tiga kawasan yang mengalami hujan paling lebat itu ialah Geumsan di wilayah Chungcheong Selatan, Chupungnyeong ( wilayah Chungcheong Utara) dan Gunaan(Jeolla Utara).

Sebilangan sungai melimpah dan jalan-jalan ditenggelami air hujan dengan penduduk mengharungi air banjir pada kedalaman paras pinggang di sesetengah kawasan.

“Hujan lebat menyebabkan empat kematian,” kata kementerian dalam negeri.

Terdahulu, pasukan penyelamat menemui satu mayat di dalam lif selepas sebuah apartmen studio digenangi air di Insan pagi tadi, demikian menurut agensi berita Yonhap.

Seorang lagi mangsa ditemui mati selepas dihanyutkan ke dalam sistem perparitan ketika dia memeriksa tanamannya di bandar Daegu.

Seorang lelaki pula dihanyutkan ke dalam sungai semasa memandu kenderaannya di Chungcheong Utara, manakala mayat mangsa ditemui tiga jam kemudian.

Mangsa keempat ialah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an yang terkorban selepas rumahnya runtuh ditimbus tanah runtuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI