fbpx

Euro 2024: Southgate janji aksi England berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARETH SOUTHGATE

DORTMUND – Aksi separuh akhir menentang Belanda di Signal Iduna Park awal pagi esok menjadi penampilan ketiga berturut-turut buat England dalam kejohanan besar selepas Piala Dunia 2018 dan Euro 2020.

Kejayaan mara ke kelompok empat pasukan terbaik menyaksikan harapan peminat The Three Lions sekali lagi menyala dalam usaha menamatkan kemarau selepas kali terakhir menjulang kejuaraan pada Piala Dunia 1966.

Diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi pada edisi kali ini, skuad kendalian Gareth Southgate tidak melalui jalan mudah apabila mereka belum mampu mempamerkan aksi meyakinkan apabila mencatat dua keputusan seri pada aksi kumpulan.

Memasuki pusingan 16 pasukan terbaik, mereka memerlukan masa tambahan sehingga 120 minit untuk menjinakkan Slovakia, manakala Switzerland berjaya mengheret mereka ke penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir.

Memiliki pemain-pemain yang memiliki kemampuan individu yang tinggi, Southgate terpaksa menerapkan mentaliti ‘ragbi’ untuk meningkatkan semangat pasukan itu dalam memburu kejayaan secara kolektif ketika berdepan tekanan untuk memburu kejuaraan.

“Kami memiliki kakitangan yang cemerlang, saya bertuah kerana mendapat sokongan daripada mereka dan para pemain juga menunjukkan semangat kebersamaan dan berjaya memainkan peranan dengan baik walaupun masuk sebagai pemain gantian,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan mengenai persembahan England dalam dua perlawanan terakhir yang hanya melakukan lima percubaan tepat menentang Switzerland dan Slovakia, Southgate mengakui mereka berdepan kesukaran.

“Saya minta maaf mengenai itu, namun keinginan kami adalah untuk bermain dengan baik bersama bola. Ini bukan aksi bola sepak biasa, ia perlawanan peringkat antarabangsa yang mempunyai tekanan tinggi dengan kebanyakannya dimonopoli pemain muda.

“Kami tidak mampu meledak banyak gol buat masa ini, tetapi kami berdepan tiga pasukan yang bermain dengan lima pemain pertahanan dan tersusun. Keadaan permukaan padang juga tidak begitu baik dan pemain memerlukan sentuhan tambahan menyebabkan kami cepat kehilangan ruang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN