PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk melibatkan beberapa tempat di Gua Musang, Kelantan diikuti Cameron Highlands, Pahang.
“Di Johor melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta kebanyakan tempat di Melaka.
“Seterusnya di Sarawak, cuaca sama turut diramalkan di Kuching, Miri (Marudi) dan Limbang serta Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kudat), Sabah,” kata Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE