fbpx

Bintang Spider-Man bercinta dengan gadis Cina Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tobey Maguire kini dikatakan bercinta dengan gadis berusia hampir 30 tahun lebih muda daripadanya

Bintang filem Hollywood yang terkenal dengan watak Spider-Man, Tobey Maguire, 49, dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan model dan pelakon berketurunan Cina Malaysia, Lily Chee, 20.

Pasangan itu dilihat muncul bersama ketika hadir ke sebuah acara anjuran jutawan Michael Rubin baru-baru ini.

Hubungan percintaan mereka dikatakan mendapat restu peminat biarpun jurang usia yang agak jauh iaitu 29 tahun.

Menarik mengenai Lily, dia dilahirkan di Atlanta, Amerika Syarikat merupakan kacukan Malaysia-Ireland dan Scotland.

Perkara itu lantas membuatkan peminat tempatan teruja meskipun ada yang kurang senang apabila dengan perhubungan mereka.

Masakan tidak, usia Lily hanya lebih tua tiga tahun daripada anak perempuan Maguire, Ruby, 17.

Ada juga yang mengatakan Maguire mempunyai kecenderungan sama dengan teman baiknya iaitu aktor Leonando DiCaprio, 49, yang tertarik untuk menjalin hubungan dengan wanita bawah 25 tahun.

Bagaimana bekas isteri Maguire, Jennifer Meyer menafikan hubungan pasangan tersebut dan mengatakan kedua-duanya hanya saling bertemu dalam acara tersebut.

“Jangan terlalu mudah percaya dengan khabar angin. Dia (Maguire) hanya membantu Lily dan dia seorang lelaki yang budiman.

“Kini kalian semua sudah membuat kecoh dan mengatakan dia bercinta dengan seseorang yang bukan kekasihnya,” katanya.

Terdahulu tular gambar Maguire merangkul Lily sebaik sahaja meninggalkan acara tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI