fbpx

Bek Itali sertai Arsenal sebelum aksi pramusim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALAFIORI bakal menjadi watak baharu di benteng Arsenal musim depan untuk memastikan mereka mampu kekal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris. - AFP

LONDON – Arsenal semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan Riccardo Calafiori minggu ini selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan Bologna mengenai pemain pertahanan Itali tersebut selepas prestasi cemerlangnya di Euro 2024.

Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan telah bersetuju dengan terma perpindahan dan Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berhasrat untuk menyelesaikan perpindahan ini sebelum pasukan berangkat untuk jelajah pramusim ke Amerika Syarikat minggu depan.

“Arsenal sedang mencari jalan untuk memperbaiki setiap bahagian yang perlu sebelum pramusim bermula, tetapi pasaran agak rumit memandangkan peraturan kewangan yang lebih ketat untuk kelab-kelab di England,” kata Arteta.

Rundingan mengenai yuran perpindahan dan struktur pembayaran dipercayai telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa hari kebelakangan ini dengan Bologna dijangka menerima sekitar £42 juta (RM250.32 juta).

Bologna sebelum ini menandatangani Calafiori dari Basel pada musim panas lalu dengan harga £3.4 juta (RM20.64 juta) dan kelab Switzerland itu akan menerima 50 peratus daripada sebarang keuntungan yang diperoleh Bologna ke atas penjualan Calafiori.

Calafiori yang menjaringkan gol sendiri dalam kekalahan peringkat kumpulan Itali kepada Sepanyol tampil cemerlang di Bologna musim lalu yang membantu mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu, Arteta melihat bekas pemain Roma ini sebagai nilai tambah penting kepada pasukan untuk memberikan saingan kepada pasangan pertahanan tengah sedia ada, Gabriel Magalhaes dan William Saliba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI