fbpx

Anthony Loke sesak nafas ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika mengalami sesak nafas ketika sesi jawab lisan pertama bermula di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sesi jawab lisan pertama melibatkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Dewan Rakyat, hari ini cemas seketika apabila beliau tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Sejurus mula menjawab pertanyaan daripada Wong Chen (PH-Subang), Anthony dilihat berdeham seketika beberapa kali.

Terdahulu, Wong Chen meminta beliau menyatakan garis panduan untuk membenarkan pemandu orang kelainan upaya (OKU) dengan lesen A/A1 untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing, dan rancangan kerajaan untuk mengubah garis panduan bagi membenarkan pemandu OKU mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Walaupun dilihat cuba mengawal situasi dengan minum air selepas itu, Anthony masih gagal untuk meneruskan sesi berkenaan.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam berdiri dan menyarankan supaya beliau bertenang dan berehat dahulu.

“Relaks dulu yang berhormat (YB). Kena periksa tu dekat hospital. Kena ‘check’, bahaya,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng meminta supaya Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah untuk meneruskan sesi tersebut.

“YB relaks dahulu, saya bacakan jawapan,” ujar Hasbi.

Namun walau bagaimanapun selepas itu, Anthony kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Wong Chen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI