fbpx

[VIDEO] Dua beradik makan jajan racun koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurain menunjukkan gambar dua anaknya, Muhammad Akil Syauqi (kiri) dan Muhammad Luth yang masih kritikal di HPP, hari ini.

GEORGE TOWN – Dua beradik iaitu Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang termakan keropok disaluti racun tikus kelmarin dilaporkan masih kritikal.

Kedua-dua beradik itu dilaporkan dalam keadaan koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Ibu mereka, Nurain Hasnorizal, 25, berkata, doktor yang merawat anaknya sedaya upaya akan memastikan dua kanak-kanak tersebut pulih.

“Pada masa ini abang (Muhammad Akil) paling kritikal sebab badannya tidak memberi tindak balas, adiknya pula tekanan darah masih stabil.

“Harapan saya agar mereka sembuh segera, saya reda dengan takdir yang telah berlaku,” katanya ketika ditemui di HPP hari ini.

Menurut Nurain, dia masih belum memikirkan tindakan yang akan diambil terhadap pemilik kebun yang dipercayai menggantung keropok disaluti racun tikus tersebut.

“Sekarang ini saya hanya memikirkan tentang anak-anak, mungkin selepas anak sihat saya akan buat keputusan seterusnya.

“Saya akan berbincang dengan keluarga (mengenai tindakan selanjutnya), saya serah kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini keropok yang dilsaluti racun itu diletakkan di kawasan kebun, namun di bahagian belakang.

“Monyet memang banyak sekarang pula musim buah-buahan jadi mungkin pemilik kebun meletakkan keropok yang ada racun bagi mengelakkan monyet memusnahkan kebun.

“Tetapi kali ini pemilik letakkan keropok yang ada racun di bahagian depan kebun pula,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI