fbpx

Tujuh negeri hujan sampai malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka tertumpu di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, diikuti Marang, Dungun dan Kemaman, Terengganu.

“Di Kelantan melibatkan jajahan Gua Musang diikuti kebanyakan kawasan di negeri Pahang serta Segamat, Johor.

“Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Marudi).

“Seterusnya di Sabah, melibatkan Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI