fbpx

Sidang DUN: Kesalahan dadah tertinggi libatkan kanak-kanak di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salbiah menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kesalahan berkaitan dadah menjadi kes jenayah paling tinggi melibatkan kanak-kanak di Perak antara 2022 sehingga Jun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan operasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sebanyak 85 kes dadah direkodkan sehingga 19 Jun 2024 mengikut Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Tambahnya, kedua tertinggi ialah jenayah berkaitan manusia (84 kes), jenayah dengan harta benda (76), lalu lintas (56), lain-lain (29), judi (8), Akta Kesalahan Kecil (3), senjata atau bahan api (1) dan kesalahan Mengikut Akta Kanak-Kanak (1).

“Bagi tahun 2024, sebanyak 300 siri Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak, Kasih Kanak-Kanak telah dirancang di seluruh negara termasuk negeri Perak, dengan pelaksanaan 30 siri.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak, ibu bapa, keluarga dan komuniti setempat tentang tindakan yang perlu mereka lakukan sekiranya berhadapan dengan masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chaw Kam Foon (PH-Menglembu) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini yang bertanyakan mengenai statistik kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah secara terperinci.

Jelas Salbiah, dari segi jantina kanak-kanak lelaki direkodkan sebanyak 314 kes dan perempuan 29 kes, manakala dari segi taun ialah 158 kes (2022), 134 kes (2023) serta 51 kes bagi tahun ini sehingga 19 Jun 2024.

Beliau juga berkata, kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pula, sebanyak 1,189 kes dicatatkan sepanjang tahun 2022 sehingga Jun 2024 iaitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI