PETALING JAYA – Keperibadian yang berbeza di antara anak sulung dan bongsu menjadikan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
Perkara tersebut turut dipersetujui oleh kebanyakan pengguna media sosial dan rata-ratanya menganggap mereka sebagai pasangan paling ideal untuk berkahwin selain mempunyai jodoh yang kuat.
Menerusi pertanyaan yang dikemukakan pengguna Facebook, Ahchoi hari ini, dia meminta pandangan orang ramai adakah anak sulung sesuai berpasangan dengan si bongsu atau yang sama dengannya.
Pertanyaan beliau itu mendapat 230 komen dan lebih 60 peratus bersetuju anak sulung lebih sepadan dengan anak sulung.
Pengguna Facebook, Cherry berkata, anak sulung sudah terbiasa dengan sikap tanggungjawab dalam menjaga serta melindungi orang tersayang menjadikan mereka sesuai berpasangan dengan si bongsu yang sering menanti bimbingan orang lain.
“Anak bongsu jenis ‘lapar’ perhatian, jenis nak kena bantu buat itu dan ini. Memang sesuai sangat watak seorang ketua seperti anak sulung bimbing perwatakan kebudak-budakan si bongsu,” tulisnya di ruangan komen tersebut.
Sementara itu, pengguna lain, Adly Nor berpandangan bahawa anak sulung sesuai berkahwin dengan si bongsi kerana mereka mempunyai sifat berbeza seperti air dan api.
“Saya setuju anak sulung kahwin si bongsu. Anak sulung jenis mudah mengalah sama macam isteri saya. Kalau bongsu ini egonya kuat, itulah saya. Tapi dah kahwin ini yang suami la kena belajar banyak mengalah dalam apa-apa hal because women always right (kerana wanita sentiasa betul),” selorohnya. – KOSMO! ONLINE