fbpx

Prebet Muhammad Syafiq sangka dia hanya hilang dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizuddiean (tengah) bersama-sama dengan Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi (kiri) bertanyakan khabar serta keadaan Prebet Muhammad Syafiq (dua kanan).

MIRI – Anggota tentera, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim tidak mengetahui dia hilang selama 19 hari di dalam hutan sebelum ditemukan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) baru-baru ini.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, Muhammad Syafiq memaklumkan perkara itu ketika ditemu bual pada 6 Julai lalu.

Anggota itu dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang pada 18 Jun lepas.

“Dalam tempoh dua hari, dia (Muhammad Syafiq) cuba berjalan menyusuri sungai dan tanda-tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan.

“Pada hari kita jumpa, dia nampak khemah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem). Soalan pertamanya ‘Ini askar Brunei ke’ sebab dia takut sesat ke Brunei,” katanya pada sidang akhbar Wisma Perwira Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, hari ini.

Muhammad Hafizuddeain tidak menafikan kehilangan Muhammad Syafiq itu mempunyai kaitan dengan perkara mistik.

“Kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih dalam (dunia) teknologi…mistik sentiasa ada cuma sukar untuk kita buktikan.

“Sebab itu dalam pencarian, kita juga menggunakan cara tradisional dengan bantuan ustaz dan pengamal perubatan yang mungkin lebih arif dengan keadaan di situ. Penduduk tempatan juga membantu dan tahu kawasan itu agak keras,” katanya.

Tambah beliau, keadaan fizikal, mental dan rohani Muhammad Syafiq kini dalam keadaan stabil dan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI