fbpx

Polis terima laporan lelaki ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden seorang lelaki ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau dalam kejadian di Balai Undang Luak Rembau, 4 Julai lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, laporan diterima kira-kira pukul 6.12 petang itu menyatakan insiden tersebut berlaku semasa lelaki tersebut menghadiri Majlis Kerapatan Lembaga Suku Biduanda, Orang Besar Undang dan Buapak 8 Kampung.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Perintah Menjalankan Siasatan (OTI) telah dipohon dan diperolehi daripada Timbalan Pendakwaraya Negeri Sembilan pada 5 Julai lalu bagi menjalankan siasatan.

“Seramai 17 orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular laporan polis yang dibuat oleh mangsa iaitu seorang pesara berusia pertengahan 60-an mendakwa ditumbuk di bahagian kiri belakang muka dan sekitar kawasan bahagian telinga kiri dan rahang belakang kiri mukanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI