fbpx

Pistol Napoleon dilelong RM8.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pucuk pistol ini bertatahkan emas dan perak. – Osenat

PARIS – Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, dilelong pada harga €1.69 juta (RM8.6 juta), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pistol dihasilkan oleh pembuat senjata dari Paris, Louis-Marin Gosset itu dilelong oleh firma lelongan Osenat kelmarin.

Senjata itu bertatahkan emas dan perak serta memaparkan ukiran imej Napoleon sendiri.

Jurulelong Osenat, Jean-Pierre Osenat berkata, imej Napoleon yang berada pada waktu paling sukarnya turut dijual bersama pistol tersebut.

Napoleon dikatakan ingin menggunakan pistol tersebut untuk menamatkan riwayatnya pada malam 12 April 1814 selepas kekalahan askarnya di tangan tentera musuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI