fbpx

Pesakit parah setelah ambulans terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari sebuah ambulans yang terbabas di Tol Kamunting menghala ke Taman Berkat di Taiping hari ini. - Foto JBPM

TAIPING – Tiga kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit warga emas berdepan detik cemas apabila ambulans yang dinaiki terbabas ke dalam parit di bahu jalan Tol Kamunting di sini menghala ke Taman Berkat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.30 pagi hari ini.

Katanya, sepasukan lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi mendapati sebuah ambulan itu dalam perjalanan pulang dari Hospital Taiping membawa seorang pesakit lelaki warga emas yang baru menjalani ujian CT Scan di Hospital Taiping untuk ke Hospital Parit Buntar.

“Sebaik tiba di lokasi, ambulans itu telah terbabas masuk ke dalam parit yang ada di bahu jalan menyebabkan keempat -empat mereka mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sabarodzi, warga emas lelaki berusia 68 tahun serta seorang kakitangan KKM berusia 57 tahun mengalami kecederaan parah.

“Dua lagi kakitangan iaitu pemandu dan pembantu ambulan mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa itu telah dibawa ke Hospital Taiping menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kenderaan KKM untuk tindakan seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI