PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk tersebut dijangka tertumpu Batang Padang, Perak, diikuti Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu.
“Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) diikuti Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat, Selangor dan Kuala Lumpur.
“Hujan lebat turut dijangka di Jelebu dan Jempol, Negeri Sembilan serta Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya.
Selain itu cuaca sama turut diramalkan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Miri (Subis dan Marudi) diikuti Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sabah. – KOSMO! ONLINE