fbpx

Pemain cantik Russia terpaksa tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALINSKAYA kecewa kerana gagal meneruskan pertarungan menentang Rybakina disebabkan kecederaan pergelangan tangan. - AFP

LONDON – Bintang tenis Rusia, Anna Kalinskaya menghadapi kekecewaan besar apabila terpaksa menarik diri daripada pusingan 16 terbaik Wimbledon menentang Elena Rybakina awal pagi tadi akibat kecederaan yang dialaminya semasa perlawanan itu.

Kalinskaya memulakan perlawanan dengan cemerlang dengan mematahkan servis pemain pilihan keempat dari Kazakhstan itu dan seterusnya mendahului 3-1 dalam set pertama.

Bagaimanapun, rasa kebas di pergelangan tangan kanannya mula memberi kesan besar dan menyebabkan prestasinya merosot secara mendadak.

Rybakina mengambil kesempatan dengan memenangi 15 mata berturut-turut meninggalkan Kalinskaya dalam keadaan sukar sebelum dia terpaksa menarik diri dengan kedudukan 3-6, 0-3.

RYBAKINA mendapat kemenangan percuma selepas Kalinskaya terpaksa menarik diri pada set kedua disebabkan kecederaan. – AFP

“Ia sangat memberi kesan kepada saya, terutama ketika melakukan servis dan bola pertama selepas servis. Saya fikir ia akan hilang tetapi tidak. Jadi saya memutuskan untuk berhenti kerana saya tidak merasakan ia semakin baik,” kata Kalinskaya.

Ini adalah pencapaian terbaik Kalinskaya di Wimbledon kerana kali pertama berjaya melepasi pusingan pertama sebelum terpaksa meninggalkan kejohanan tersebut disebabkan masalah kecederaan.

Biarpun diselubungi kekecewaan, namun Kalinskaya yakin bahawa dia mampu mencapai lebih banyak kemenangan jika tidak diganggu oleh kecederaan.

“Ia sangat mengecewakan dan sangat menyedihkan. Tetapi saya manusia dan saya tidak dapat mengawal badan saya sepenuhnya. Saya harus menerimanya dan segera pulih serta cuba mengelakkannya daripada berlaku lagi di masa depan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN