fbpx

Melaka perhalusi titah Agong penggunaan pembesar suara masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF ketika Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri sedang memperhalusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyarankan pembesar suara wajar dilakukan secara lantang apabila masuk waktu solat sementara bacaan al-Quran, solat fardhu dan kuliah agama terhad dalam kawasan masjid atau surau.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelbagai faktor akan dinilai termasuk demografi di sesuatu kawasan agar keputusan yang dibuat kelak bersesuaian dengan keadaan di negeri ini.

“Agong merupakan ketua agama Islam di Melaka. Kita sedang memperhalusi dalam pelbagai sudut titah tuanku yang bersesuaian dengan keadaan di Melaka.

“Jadi sekiranya garis panduan ini mengambil kira pembesar suara dalam sesuatu kawasan, kita ikut lokaliti. Saya rasa untuk orang yang duduk dalam komuniti muslim tidak ada rungutan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah agar semua rakyat menjaga keharmonian di negara ini dengan sikap saling menghormati, saling memahami dan bertolak ansur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI