fbpx

Malaysia rangkul 37 pingat di World Championships of Performing Art

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah kepada pasukan negara yang disiarkan di Facebook Menteri Pendidikan hari ini.

PETALING JAYA – Pasukan Malaysia berjaya meraih 37 pingat daripada 70 pertandingan yang disertai dalam World Championships of Performing Arts (WCOPA) yang ke-27 pada 28 Jun hingga 6 Julai 2024 di Long Beach Convention Center, California, Amerika Syarikat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 37 pingat tersebut merangkumi 13 pingat emas, 11 perak, 13 gangsa, 11 juara bahagian dan satu Biasiswa belajar di New York Film Academy.

Jelas beliau, pada tahun ini, 15 peserta berbakat Malaysia telah mewakili negara dan menyaksikan lebih daripada 30 negara bertanding untuk meraih gelaran juara dunia dalam bidang seni persembahan.

“Kejohanan ini mempertandingkan enam kategori, iaitu Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan dan Lakonan yang melibatkan penyertaan peringkat Junior (5 hingga 15 tahun) dan Senior (16 tahun ke atas).

“Kehebatan Pasukan Malaysia telah terserlah sejak awal kejohanan apabila telah dinobatkan 𝗕𝗲𝘀𝘁 𝗖𝗼𝘀𝘁𝘂𝗺𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 untuk majlis perasmian acara dan persembahan joget dalam 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗱𝗲 𝗼𝗳 𝗡𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀.

“Pasukan Malaysia telah menggayakan pakaian tradisional berbilang kaum bagi mempromosikan seni dan kebudayaan tempatan Malaysia.

“Dalam pusingan seterusnya, hampir kesemua ahli Pasukan Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir, iaitu bagi kategori Vokal, Tarian, Muzik, dan Peragaan. Seramai enam peserta mara ke peringkat akhir,” jelasnya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Tambah beliau, pada peringkat garnd final yang ditayangkan secara langsung ke seluruh dunia, Malaysia sekali lagi mempamerkan kehebatan pesertanya, Ummi Umairah Abdullah muncul sebagai 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗖𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻 dalam kategori Vokal Junior.

“Tahniah kepada semua peserta dan pasukan yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan bakat yang luar biasa tetapi juga dedikasi tinggi yang menjadi inspirasi kepada kita semua,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI