fbpx

Lubang benam besar tunggu telan motosikal, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menyaksikan lubang benam di atas sebatang jalan raya di Vikas Negar. - Foto Latestly.com

NEW DELHI – Sebuah lubang benam besar terbentuk di atas jalan raya di kawasan Vikas Negar, bandar raya Lucknow berikutan hujan lebat, lapor  portal berita The Indian Express semalam.

Menurut laporan, orang ramai menyaksikan lubang itu terbentuk kelmarin.

Suara seorang lelaki yang merakam video kejadian itu boleh didengar dengan jelas.

Dia memberi amaran kepada pengguna jalan raya tentang risiko yang mereka bakal hadapi ketika melalui jalan tersebut. 

Berkongsi video di platform X, seorang wartawan Sachin Gupta menulis: “Nama kawasan di Lucknow ini ialah Vikas Nagar.”

Klip video itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Seorang netizen menulis di laman sosial dengan menggambarkan lubang itu seperti biskut dicelup di dalam air teh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI