fbpx

LPK tunggu keputusan kerajaan bina pelabuhan ketiga Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ean Yong (dua kiri) bersama Pengerusi PKFZ, Lim Lip Eng meninjau projek pembaikan jalan di sekitar PKFZ, Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) menunggu keputusan kerajaan untuk membina pelabuhan antarabangsa ketiga Selangor di Pulau Carey, Kuala Langat.

Pengerusinya, Ean Yong Hian Wah berkata, pihaknya secara prinsip bersiap sedia sepenuhnya bagi pembinaan pelabuhan baharu itu kelak.

Menurutnya, semua kertas kerja dan cadangan projek berskala besar itu telah diserahkan kepada kerajaan bagi penelitian lanjut.

“Segala keputusan itu terserah kepada kerajaan untuk menentukannya dan kita (LPK) masih menunggu. Namun, kita kini sememangnya sudah bersiap sedia melaksanakan pembinaan pelabuhan baharu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar lawatan tapak projek pembaikan jalan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Pulau Carey dijangka menjadi pelabuhan antarabangsa ketiga di Selangor selepas Pelabuhan Utara dan Barat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan kajian LPK selama dua tahun sejak 2019 mendapati lokasi itu bersesuaian termasuk dari segi paras laut dengan pembangunannya akan mengambil jangka masa panjang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Kerajaan akan mengutamakan syarikat tempatan sebagai operator manakala pelabuhan itu akan dibangunkan pihak swasta seperti pelabuhan lain.

Perincian pembangunannya masih dibuat dengan tiada had masa ditetapkan kerajaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI