fbpx

Justin Bieber dibayar RM47 juta buat persembahan untuk anak bilionair India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIEBER membuat persembahan untuk Anant (kiri) dan Radhika (tiga dari kiri). - Foto PTI

LOS ANGELES  – Penyanyi terkenal asal  Kanada, Justin Bieber dilaporkan dibayar  AS$10 juta (RM47.10 juta) untuk membuat persembahan pada majlis praperkahwinan anak lelaki orang paling kaya di Asia, lapor portal berita Fox News semalam.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Love Yourself’ itu membuat pesembahan untuk majlis Anant Ambani, 29, yang merupakan anak bilionair India, Mukesh Ambani, 67.

Majlis itu diadakan sebelum Anant dan tunangnya, Radhika Merchant, 29 melangsungkan perkahwinan mereka.

Menurut portal berita Entertainment Tonight, Bieber dipercayai dibayar sebanyak itu untuk persembahannya dalam upacara tradisional di mana keluarga pengantin perempuan dan pengantin lelaki mempersembahkan tarian untuk para tetamu..

Bieber pergi ke Mumbai, India, pada Jumaat lalu untuk majlis itu dan membuat persembahan penuh. 

Penyanyi lagu ‘Baby’ itu berkongsi gambar dan video majlis berkenaan di media sosialnya termasuk ketika orang ramai sama-sama menyanyi bersamanya lagu “I’m the On,’ (bersama DJ Khaled), dan ‘Where Are U Now.’

Dia juga menyiarkan beberapa gambar bersama  Anant  dan Radhika. 

Nilai kekayaan Mukesh yang mengendalikan syarikat Industri Reliance ialah AS$116 billion (RM546.69 bilion), demikian menurut majalah Forbes.

Radhika ialah anak perempuan taikun farmasi, Viren Merchant, lapor majalah Vogue. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI