fbpx

Isu HRD Corp: Tiada saksi dirakam, dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat hari ini mengesahkan belum ada saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan.

“Kami telah hadir ke Kementerian Sumber Manusia di sini (Kesuma) dan HRD Corp (Damansara) bagi mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan pada tengah hari tadi.

“Kami tidak tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan,” katanya.

Katanya, fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Setakat ini, SPRM telah hadir ke Kesuma di Kompleks Setia Perkasa di sini dan Ibu pejabat HRD Corp, Bukit Damansara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan dokumen berkaitan isu HRD Corp.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI