fbpx

Hidup susah, pelakon ditinggalkan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHIT BHARDWAJ

SIAPA sangka pelakon Mahabharta, Rohit Bhardwaj pernah berdepan kesukaran sehingga ditinggalkan isterinya yang tidak mampu bertahan untuk meneruskan kehidupan bersama-sama.

Pembawa watak Yudhistira itu bercerita tentang liku perjalanan kehidupannya dalam satu wawancara dengan media, baru-baru ini.

Menurut lelaki itu, demi mencari kehidupan lebih baik dia sanggup bekerja di luar negara, namun keputusan berkenaan memburukkan lagi hubungan dengan isteri.

Selepas kembali ke India sekitar 2017 iaitu setahun selepas berhijrah, perkahwinannya mula retak malah era pandemik akibat Covid-19 memburukkan lagi ekonomi keluarganya.

“Saya kini tinggal sendirian tanpa keluarga, banyak yang berubah malah perbezaan antara saya dan isteri juga semakin ketara dan akhirnya perkahwinan kami tidak dapat diselamatkan.

“Saya sudah berusaha memperbaikinya. Saat ini kami masih dalam proses menguruskan perceraian yang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI