fbpx

Euro 2024: Sepanyol tidak terkesan tanpa tiga tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL masih memiliki senarai pemain yang mempunyai kualiti bagi menggantikan tiga pemain mereka yang terlepas aksi menentang Perancis awal pagi esok. - AFP

MUNICH – Ketiadaan tiga tonggak utama tidak akan merencatkan kualiti Sepanyol untuk menghadapi satu lagi tugasan getir menentang Perancis di separuh akhir Euro 2024 di Allianz Arena awal pagi esok.

Ketika ini, La Roja sudah pun sah akan turun tanpa khidmat Dani Carvajal dan Robin Le Normand yang digantung akibat kad merah serta mengutip dua kad kuning, manakala Pedri terlepas baki aksi saingan ekoran kecederaan lutut.

Biarpun berdepan kesulitan itu, tonggak pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella kekal positif yang La Roja masih mempunyai kualiti untuk mengekang penyerang Perancis khususnya Kylian Mbappe.

“Saya akan berikan sehabis baik buat pasukan. Saya berasa lebih selesa bermain di sebelah kiri, namun pada akhirnya, saya perlu buat yang terbaik demi membantu pasukan.

“Tidak kiralah siapa pun yang akan bermain kerana perkara lebih penting sekarang adalah memastikan kemenangan buat pasukan,” katanya.

Berdasarkan rekod enam pertemuan lepas, kelebihan berpihak kepada Sepanyol yang menang tiga kali berbanding hanya dua buat Perancis serta turut mencatatkan satu keputusan seri.

“Saya fikir bola sepak adalah sukan yang dimainkan secara kolektif, tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada kami sendiri. Selain bagus ketika mengawal bola, kami juga sebuah pasukan yang bekerja keras.

“Perancis memiliki pemain yang laju di jentera serangan, jadi kami perlu fokus sepanjang 90 minit perlawanan. Jika kami mampu melakukannya, suah pasti kami mempunyai peluang untuk mara,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI