fbpx

DUN Selangor: Tiada masa sediakan makanan punca kanak-kanak kurang nutrisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAKANAN mengandungi nutrisi lengkap membantu kanak-kanak membesar dengan sempurna. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kurangnya masa ibu bapa bagi menyediakan makanan antara faktor berlakunya malnutrisi di kalangan kanak-kanak.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, ini disebabkan terdapat segelintir ibu bapa yang terpaksa meluangkan banyak masa di tempat kerja susulan keperluan skop kerja mereka.

“Kadangkala ia bukan setakat isu ketidakmampuan yang merupakan tanggapan banyak masyarakat bahawa ibu bapa tidak mempunyai peruntukkan mencukupi namun turut melibatkan kerja ibu bapa.

“Disebabkan itu, dalam Karnival Program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS), kita juga menyediakan pakar agar ibu bapa mempunyai pengetahuan mengenai makanan berkhasiat yang boleh disediakan dalam masa singkat,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PH-Kota Damansara ) dalam soalan tambahannya ingin mengetahui sama ada kerajaan negeri akan mengkaji semula statut umur bersesuaian antara empat hingga tujuh tahun bagi program ASAS tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama tersebut, tujuan ASAS adalah supaya dijadikan ‘pilot cases’ agar kerajaan negeri mempunyai data sendiri dalam memahami isu dihadapi di kalangan ibu bapa.

Jamaliah memakluman, kerajaan negeri akan melihat kembali statut umur yang bersesuaian seperti dicadangkan Muhammad Izuan bagi program tersebut dalam mengurangkan isu malnutrisi kanak-kanak.

“Pada masa ini, pengurusan data sedang dalam proses pembangunan dan dijangka siap pada bulan Ogos ini. Hub ASAS akan dilaksanakan setiap DUN dengan kanak-kanak akan menjalani proses saringan sebelum diberikan bantuan bakul makanan.

“Proses pemantauan juga akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan untuk menilai kadar perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Selain itu, sebanyak RM700,000 telah diperuntukkan bagi meneruskan program ASAS pada tahun ini,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI