fbpx

Biden nafi jadi liabiliti, tidak akan tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Biden (kanan) berdebat dengan Trump di Studio CNN, Atlanta 27 Jun lalu. - AFP

WASHINGTON –   Presiden Joe Biden  tidak akan berundur sebagai calon Parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat(AS) pada November 2024,  lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Biden menegaskan demikian dalam suratnya yang ditujukan kepada anggota-anggota Kongres daripada Parti Demokrat, Isnin lalu.

“Saya mahu anda tahu bahawa di sebalik semua spekulasi dan laporan akhbar, saya komited dan teguh untuk kekal dalam perlumbaan ini hingga ke garisan penamat bagi menewaskan Donald Trump (calon Parti Republikan),” kata Biden dalam surat itu.

Surat itu berjaya diperoleh oleh akhbar The New York Times dan media lain.

Biden menyeru anggota-anggota Parti Demokrat supaya bersatu di belakangnya ketika beliau berkempen untuk memenangi pilihan raya pada November ini.

Majoriti pengundi parti itu membuang undi untuk memilih calon Presiden bagi mewakili Parti Demokrat pada musim bunga lalu.

Ia akan membolehkan Biden dipilih sebagai calon parti tersebut secara rasmi apabila  Konvensyen Nasional Demokrat  bermula pada 19 Ogos ini.

“Hanya pengundi akan memutuskan siapa yang akan menjadi calon Parti Demokrat.

“Bagaimana kita boleh mempertahankan demokrasi di negara kita jika kita mengabaikannya dalam parti kita sendiri? 

“Saya tidak boleh berbuat demikian. Saya tidak akan melakukannya (berundur),” tulis Biden dalam surat itu. 

Sebelum ini, Biden  berdepan gesaan untuk berundur berikutan prestasi buruk dalam debat Presiden pertama antara beliau dan bekas Presiden AS, Donald Trump yang mewakili Parti Republikan, bulan lalu.

“Saya tidak akan bertanding lagi jika saya tidak benar-benar percaya saya adalah orang terbaik untuk mengalahkan Donald Trump pada 2024,” tambah Biden. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI