fbpx

Belanjawan 2025 laksana pembaharuan berterusan, capai hasrat ekonomi Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan akan diteruskan dengan melaksanakan pembaharuan berterusan sebagai usaha menzahirkan hasrat ekonomi Madani seterusnya berupaya memajukan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan Madani Ketiga 2025 akan dimulakan dengan beberapa asas termasuk usaha menaikkan siling dan lantai yang akan memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat.

Dalam konteks ini, menaikkan siling boleh diterjemahkan sebagai usaha menstruktur semula ekonomi bagi mencapai sasaran lebih tinggi iaitu sebagai peneraju ekonomi Asia.

Bagi maksud menaikkan lantai pula, ia boleh dijelaskan sebagai usaha untuk meningkatkan hidup rakyat seperti menyediakan pekerjaan bermakna dan berpendapatan tinggi.

“Ini yang kita tekankan mengenai menaikkan siling supaya penstrukturan ekonomi itu dalam memacu pertumbuhan. Makanya, daya cipta, daya saing, pendigitalan, kecerdasan buatan yang diterokai dan perubahan dalam penjawat awam (perlu diubah).

“Kerana tidak boleh harap ada kaedah lama untuk kita capai pendekatan atau dasar baharu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain usaha menaikkan siling, hasrat untuk menaikkan lantai jua menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi kerajaan.

“Kalau tidak nanti, (apabila) kita pacu pertumbuhan, masyarakat bawah akan ketinggalan, kalau saudara lihat kesan daripada keresahan rakyat terutama di desa, miskin bandar dan di pendalam,”’katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI