fbpx

Badan disambar api gara-gara isi petrol sambil merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berehat di rumahnya selepas menerima rawatan. – Polsek Donggo

JAKARTA – Seorang penjual petrol di Bima, wilayah Nusa Tenggara melecur akibat disambar api ketika mengisi bahan api itu sambil merokok, lapor laman berita Berita Satu kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai DM, 27, dalam kejadian pada Sabtu lalu sedang mengisi petrol daripada  pam minyak ke dalam botol-botol kecil untuk dijual.

Ketika melakukan perbuatan itu, dia turut merokok sehinggakan percikan api daripada rokok menyambar petrol.

Api dengan segera menyambar tubuh DM sebelum dia dibantu penduduk setempat untuk menyelamatkan nyawanya.

Selepas api berjaya dipadam, DM dibawa ke pusat rawatan berdekatan untuk menerima rawatan.

Menurut laporan, kesan melecur yang dialami oleh DM adalah serius dan dia memerlukan rawatan lanjut di hospital besar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI