fbpx

Atlet judo negara dalam kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZATI (kiri) mencipta nama selaku pemenang pingat emas pertama kontinjen negara sewaktu saingan AUG 2024. - AUG/IPT

TIGA pingat emas, tiga perak dan satu gangsa menyaksikan skuad judo negara muncul sebagai pasukan kedua terbaik pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di yang berlangsung Surabaya-Malang, Indonesia.

Pada hari terakhir sukan tempur itu, Malaysia menutup gelanggang dengan meraih pingat perak menerusi acara berpasukan campuran selepas menamatkan aksi round robin di kedudukan kedua.

Pengurus pasukan, Wan Eizalie Wan Mohamed Nor berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan atlet negara yang berjaya melepasi sasaran awal dua pingat emas ketika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Surabaya.

“Secara keseluruhan, pasukan judo telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang saingan AUG 2024. Kesemua atlet masing-masing lima lelaki dan wanita berjaya membawa pulang pingat menerusi acara individu dan berpasukan.

“Kita juga telah melepasi sasaran awal dua pingat emas yang diletakkan apabila berjaya membawa pulang tiga emas, tiga perak dan satu gangsa. Pasukan judo juga muncul sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan di belakang tuan rumah, Indonesia,” katanya.

Sepanjang empat hari saingan judo, Malaysia meraih tiga pingat emas menerusi Afiq Danish Zapri dalam kategori bawah 90 kilogram (-90kg), Amir Daniel Abdul Majeed (-81kg) dan Nur Farah Izzati Wallah (-52kg).

Perak pula diraih Siti Roha Maszuraini menerusi kategori atas 78kg (+78kg), Muhammad Fareez Mohameid (-60kg) serta acara berpasukan campuran, manakala gangsa disumbangkan Tan Yi Ying (-73kg).

“Walaupun tempoh latihan bersama agak terhad tetapi atlet-atlet kita dapat menerima segala teknik serta tunjuk ajar daripada jurulatih dengan begitu baik. Mereka juga menunjukkan disiplin yang cukup tinggi.

“Dengan barisan kejurulatihan kebangsaan yang dibawa bersama sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada atlet-atlet kita untuk menampilkan aksi terbaik pada AUG kali ini,” ujar Wan Eizalie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI